18 October 2010

Keja Part Time ...

Dari melepak kat umah baik aku g keja cari duit tambahan..btol tak??hee

Sebenarnya hajat nak keja part time nie dah lama dari umah sewa chinasamy yg kat shah alam ag..cuma tak de kesempatan je nak wat keja nie..dan tiada member..


Jadi promoter TRIUMP malu ke??mula2 je agak malu sikit...tp bila aku kenangkn company tu leh byr RM6 for 1 hour boleh la kan..berbaloi gak..xpelah dari aku melepak membazir masa sorg2 kat umah kan (sejukkn ati sndri) huhuhu..mula2 keja aku agak kekok, tp bila da masuk 5 hari keja kat situ dah pandai ckit ttg pakaian wanita nie..Bagus jugak aku dapt keja tu,sekurang-kurangnya dapat jugak aku tambahkn ilmu..rupannya nak pakai pakaian wanita ni pun ada step2 nya bukan main belasah je..huhu..i'm happy wat keja nie coz member aku yg full time jd promoter situ pun baik sgt..tp cuma kak Aii Nie (cina) je yg agak terlebih rajin..smua benda dia nak buat aku xkn nak tgk je kan mesti la nak kena tolong dan di arahkan utk tolong..hukhuk..

11 October 2010

My Baby's Injured :(

2.10.2010

Pagi sabtu mood aku sgt baik..Lepas amek dia di umah mak si dia, aku n si dia terus ke Shah Alam..destinasi pertama ke rumah chinasamy utk jumpa ngan kak ina yg nak berikan kad jemputan kawennya (wuarghh seronoknya kak ina da nak kawen..aku bila lg??hehe)..lepas hbs bersembang ngan xhousmate aku n si dia terus ke umah wani dgn tujuan menghantar brg2 jualan yg tak berapa nak laku sekali gus terus beraya di umah wani..tak puas sgt beborak ngan wani tp apa kan daya si dia dah lama menunggu terpaksa jugak la beransur..restoran Khulafah Sek.7 menjadi lokasi kami seterusnya..dalam dok berpikir nak g kemana aku mencdgnkn utk ke rumah terbuka member si dia..jauh tu kat cheras..dlm keta aku tdo tanpa memikirkn si dia (perut sakit terpaksa gak tdo..im sory)..kesesakan  lalu lintas menyebabkan si dia mendengus..haha aku biarkn aja..yg penting aku masih perlu melelapkn mata..hampir satu jam perjalanan akhirnya sampai ke lokasi yg ingin dituju..apa lagi dah sampai umh org xkan nak tgk je kan mestilah nak mkn..he..hbs mkn kami pun beransur dan lokasi seterusnya adalah umah kak ros..

Dalam perjalanan ke keta kami masih ceria..dengan telatah masing2 yg melucukan..si dia start keta aku meraba perut yg kekenyangan (perut ku dah muncit)..tetiba terdgr bunyi grappppphhhhhh..oh tdk dlm hati ku menjerit2 nak maki si dia bila melihat skirting my baby' ijured akibat terkena divider sebelah kiri..dia xperasan katanya..dalam hati mengurutu maki dia cukup2..hehe..dalam hati je tp xsampai hati nak meluahkn kata2 kesat kat si dia..apa lagi masam mencuka la muka aku sepanjang perjalanan pulang..tiada sepatah kata membuatkn si dia pun sakit hati dan membawa keta selajunya..mak aii tuhan je yg tau betapa aku takut saaat tu..tali pinggang keselamatan ku capai (slalu tak pakai pun)..plan nak g umah kak ros bersama si dia dibatalkan kami terus pulang hantar si dia di rumah maknya..aku kerumah kak ros bersendirian tanpa pengetahunannya(lantak la nak g jugak coz dah janji  ngan kak ros)..

Kerana My baby's injured hampir putus hubungan kami..mood masing2 kacau dik kerana my baby's...patut ke aku nak mintak break sbb si dia rosakkn my baby's???tak patut kan??tp tu la kan nak bg pengajaran jugak kat dia supaya berhati-hati bila drive my baby's next time..i Love my baby's more than i love u..hehehe..

07 October 2010

Tips Kekalkan Hubungan Cinta

Cinta yang datang secara semula jadi adalah yang terbaik. Kata orang untuk mempertahankan hubungan cinta lebih sukar daripada mencari pasangan kekasih. Setelah mengharungi semua halangan dan dugaan, sudah pasti kita inginkan hubungan yang berterusan.

Tips penting untuk mengukuhkan ikatan cinta yang berkekalan.

1. Tiga kata ajaib
Mungkin ini adalah kata-kata yang boleh diucapkan selama-lamanya. Sebaiknya, kita tidak perlu menanti si dia ,mengucapkan perkataan 'I Love You'. Ini kerana, kita sendiri sudah mendengar luahan cntanya melalui sikap dan tingkah lakunya.

2. Hayati hubungan kita.
Walaupun si dia sudah lama berada dalam genggaman kita, kita masih perlu menghayati hubungan cinta ini sehinggalah kita dan pasangan benar-benar serasi dan selamat.

3. Teruskan kehidupan normal.
Jika sebelum kita bersama si dia, kita begitu aktif melakukan aktiviti luar misalnya bersukan, maka teruskan aktiviti riadah tersebut. Perlu diingatkan, kita tidak perlu mengubah gaya hidup normal semata-mata kerana cinta si dia. Pasti, kita perlu berbincang mengenai rutin harian kita dengan si dia.

4. Jangan terlalu romantis.
Romantis adalah suatu perkara yang indah dalam perhubungan. Romantis adalah ramuan yang penting untuk mengekalkan perhubungan. Jadi, tidak perlu dilakukan sepanjang hari... erm???

5. Komunikasi secara terbuka.
Komunikasi adalah penting dalam membina kebahagiaan dalam hubungan intim. Apabila cinta kita dan pasangan sudah memasuki tahap hubungan yang stabil, ia bererti sudah tiba masanya untuk ita berkomunikasi secara dua hala tentang hal peribadi masing-masing. Bangkikan situasi luar biasa agar si dia mengenali diri kita secara luaran dan dalaman. Begitu juga kita, cuba fahami keinginan dan peribadi pasangan.

6. Jangan kelam kabut.
Jika naluri si dia bersikap ramah mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling, kita tidak perlu kelam kabut, panik dan bersifat kebudak-budakan. Ingat, hati si dia tetap milik anda.

7. Peka perkara sensitif.
Pertimbangkan dahulu masalah jika kita ingin menyelesaikan perkara-perkara yang sensitif. Ingat situasi semasa, keadaan sekeliling dan kenali hatinya. Kita pasti tidak ingin membuatkan si dia berasa malu terutama di depan orang tuanya.

8. Biarkan hubungan melewati dugaan dan cabaran.
Perkara ini akan membuatkan hubungan kita tidak membosankan. Pelbagai cabaran hidup juga bolehh dijadikan kayu pengukut untuk menguji hubungan kita. Perhatikan sikap si dia ketika berhadapan dengan masalah. Paling penting, cuba kawal tekanan perasaan kita agar diri tetap tenang walau apa perkara sekalipun.