26 August 2011

Tarikh Lahir Anda Dalam Bulan Islam...

mesti ramai yang tak tau kan tarikh lahir dalam bulan Islam..aku juga tak terkecuali..baru hari nie sedar tarikh lahirku dalam bulan islam iaitu 2 Rabiulawal 1407h..dlm kalendar kristian 5 Dec 1986..klu korang nak tau jugak boleh la click kat page nie..
 http://www.oriold.uzh.ch/static/hegira.html

selamat mencuba kengkawan...

Lagu Raya Sana Sini..


Bila Hari raya kalau xdgr lagu nie rasa cm tak raya je..hehehe..

Bila Hari Raya Menjelma Lagi...

Salam..
Bila sebut hari raya,ramai yang gembira..tp jgn sesekali lupakan pada yang sudah tiada..org yang paling ku kenang saat ni ada arwah bapa ku..kini dah masuk 13 tahun arwah kembali ke rahmatullah..ya Allah rindunya aku pada arwah..klu arwah masih hidup pasti dia akan berasa gembira melihat kami sekeluarga..terutama keluarga kini telah btambah dengan kehadiran 5 org anak buah ku.."abah...kami tidak pernah melupakan abah..kami sentiasa mengigati setiap nasihat dan tunjuk ajar abah semasa kami kecil...kami sayangkn abah.."...Al-Fatihah..moga arwah ditempatkan di kalang org-org yg soleh..

11 August 2011

TAZKIRAH UTK MEMPERINGATI DIRI..

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT (JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )  
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"



BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.




Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.


13 April 2011

Alhamdulilah..

Salam..
Dah lama sgt rasanya tak update blog nie..hari nie cuma nak ucapkan rasa syukur kepada ALLAH s.w.t kerana dikurniakn rasa kebahagian dalam diri..aku bersyukur sgt2, aku harap dan brdoa kebahagian yg aku kecapi akan berkekalan..amin

18 October 2010

Keja Part Time ...

Dari melepak kat umah baik aku g keja cari duit tambahan..btol tak??hee

Sebenarnya hajat nak keja part time nie dah lama dari umah sewa chinasamy yg kat shah alam ag..cuma tak de kesempatan je nak wat keja nie..dan tiada member..


Jadi promoter TRIUMP malu ke??mula2 je agak malu sikit...tp bila aku kenangkn company tu leh byr RM6 for 1 hour boleh la kan..berbaloi gak..xpelah dari aku melepak membazir masa sorg2 kat umah kan (sejukkn ati sndri) huhuhu..mula2 keja aku agak kekok, tp bila da masuk 5 hari keja kat situ dah pandai ckit ttg pakaian wanita nie..Bagus jugak aku dapt keja tu,sekurang-kurangnya dapat jugak aku tambahkn ilmu..rupannya nak pakai pakaian wanita ni pun ada step2 nya bukan main belasah je..huhu..i'm happy wat keja nie coz member aku yg full time jd promoter situ pun baik sgt..tp cuma kak Aii Nie (cina) je yg agak terlebih rajin..smua benda dia nak buat aku xkn nak tgk je kan mesti la nak kena tolong dan di arahkan utk tolong..hukhuk..

11 October 2010

My Baby's Injured :(

2.10.2010

Pagi sabtu mood aku sgt baik..Lepas amek dia di umah mak si dia, aku n si dia terus ke Shah Alam..destinasi pertama ke rumah chinasamy utk jumpa ngan kak ina yg nak berikan kad jemputan kawennya (wuarghh seronoknya kak ina da nak kawen..aku bila lg??hehe)..lepas hbs bersembang ngan xhousmate aku n si dia terus ke umah wani dgn tujuan menghantar brg2 jualan yg tak berapa nak laku sekali gus terus beraya di umah wani..tak puas sgt beborak ngan wani tp apa kan daya si dia dah lama menunggu terpaksa jugak la beransur..restoran Khulafah Sek.7 menjadi lokasi kami seterusnya..dalam dok berpikir nak g kemana aku mencdgnkn utk ke rumah terbuka member si dia..jauh tu kat cheras..dlm keta aku tdo tanpa memikirkn si dia (perut sakit terpaksa gak tdo..im sory)..kesesakan  lalu lintas menyebabkan si dia mendengus..haha aku biarkn aja..yg penting aku masih perlu melelapkn mata..hampir satu jam perjalanan akhirnya sampai ke lokasi yg ingin dituju..apa lagi dah sampai umh org xkan nak tgk je kan mestilah nak mkn..he..hbs mkn kami pun beransur dan lokasi seterusnya adalah umah kak ros..

Dalam perjalanan ke keta kami masih ceria..dengan telatah masing2 yg melucukan..si dia start keta aku meraba perut yg kekenyangan (perut ku dah muncit)..tetiba terdgr bunyi grappppphhhhhh..oh tdk dlm hati ku menjerit2 nak maki si dia bila melihat skirting my baby' ijured akibat terkena divider sebelah kiri..dia xperasan katanya..dalam hati mengurutu maki dia cukup2..hehe..dalam hati je tp xsampai hati nak meluahkn kata2 kesat kat si dia..apa lagi masam mencuka la muka aku sepanjang perjalanan pulang..tiada sepatah kata membuatkn si dia pun sakit hati dan membawa keta selajunya..mak aii tuhan je yg tau betapa aku takut saaat tu..tali pinggang keselamatan ku capai (slalu tak pakai pun)..plan nak g umah kak ros bersama si dia dibatalkan kami terus pulang hantar si dia di rumah maknya..aku kerumah kak ros bersendirian tanpa pengetahunannya(lantak la nak g jugak coz dah janji  ngan kak ros)..

Kerana My baby's injured hampir putus hubungan kami..mood masing2 kacau dik kerana my baby's...patut ke aku nak mintak break sbb si dia rosakkn my baby's???tak patut kan??tp tu la kan nak bg pengajaran jugak kat dia supaya berhati-hati bila drive my baby's next time..i Love my baby's more than i love u..hehehe..