14 February 2012

Kelebihan Surah Al-Inshirah/ Alam Nasyrah Ayat 94

Surah Al-Inshirah/ Alam Nasyrah Ayat 94


  • Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.
  • Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

05 December 2011

Umurku bertambah ag..

Hari ni, 5 Disember 2011 bersamaan dengan 9 Muharam 1433H , umurku bertambah lagi. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan aku untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi’nya ini sekaligus memberi ruang serta peluang untuk aku mengumpul apa yang patut dikumpul. Ku Bersyukur Ke hadratMU YA ALLAH di kurniakan keluarga yang bahagia, ku mohon agar kami sekeluarga bersatu hati sampai bila-bila..amin.

04 November 2011

Berat turun ag..

2nd Target dah capai iaitu nak capai berat 47kg..pada 2/11/2011 saya timbang dan berat sy adalah 47 kg..yeah..hope dapat capai apa yg kita hajati..huhu


 


21 October 2011

Kira BMI Anda...



http://www.nutriweb.org.my/bmical.php

BMI Calculator
Body weight is a major influence on health throughout life. Obese people are generally less healthy and are more prone to illnesses such as diabetes, hypertension, heart diseases, gall bladder diseases and arthritis. Weigh yourself regularly and know your desirable body weight. Weigh yourself at least twice a month at the same time of the day wearing light clothing.You can calculate your Body Mass Index (BMI) by using the following formula:

BMI = Weight (kg) / [Height (m) x Height (m)]
You can check your weight status by using the BMI Calculator below. The desirable BMI range for adult (aged 18 and above) is between 18.5 and 25.
  • If Your BMI is Less than 18.5, you are underweight
  • If Your BMI is 18.5 to less than 25, your weight is desirable
  • If Your BMI is 25 to less than 30, you are overweight
  • If Your BMI is 30 or more, you are obese
However, the above value is not true if you are adolescent (aged 9-17.9 years). Thus, the BMI-for-Age value have been used for this age group. The following BMI calculator is a combination of both BMI and BMI-for-Age, which make it possible to be use by both adolescents and adults.

BMI CALCULATOR
Your Gender? Male  Female 
Your Age? Years
Your Weight? kg
Your height? cm
Your BMI or BMI-for-Age:
Comment:
  

Target Penurunan Berat Badan...

Now 49 kg..
Target peurunan berat badan 
1st target     :48kg
2nd Target : 47kg
3rd target : 46kg
4th target : 45kg
 

aku nak turunkn sampai 43kg..klu xdpt 45 pun kira ok..huhu..semangat!!!

13 October 2011

Doa Nabi Yunus a.s

Tasbih Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. 

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu :


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) 
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. 

Jadi, jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini. Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita. Selain itu ayat ini juga dapat mengelakkan diri daripada perbuatan sihir..rajin2 la baca ayat ini setiap masa..InsyaAllah..



10 October 2011

Kelebihan Surah Al-Kautsar


alkautsar.jpg
Surah Al-Kautsar




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi  3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.