05 December 2011

Umurku bertambah ag..

Hari ni, 5 Disember 2011 bersamaan dengan 9 Muharam 1433H , umurku bertambah lagi. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan aku untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi’nya ini sekaligus memberi ruang serta peluang untuk aku mengumpul apa yang patut dikumpul. Ku Bersyukur Ke hadratMU YA ALLAH di kurniakan keluarga yang bahagia, ku mohon agar kami sekeluarga bersatu hati sampai bila-bila..amin.

04 November 2011

Berat turun ag..

2nd Target dah capai iaitu nak capai berat 47kg..pada 2/11/2011 saya timbang dan berat sy adalah 47 kg..yeah..hope dapat capai apa yg kita hajati..huhu


 


21 October 2011

Kira BMI Anda...



http://www.nutriweb.org.my/bmical.php

BMI Calculator
Body weight is a major influence on health throughout life. Obese people are generally less healthy and are more prone to illnesses such as diabetes, hypertension, heart diseases, gall bladder diseases and arthritis. Weigh yourself regularly and know your desirable body weight. Weigh yourself at least twice a month at the same time of the day wearing light clothing.You can calculate your Body Mass Index (BMI) by using the following formula:

BMI = Weight (kg) / [Height (m) x Height (m)]
You can check your weight status by using the BMI Calculator below. The desirable BMI range for adult (aged 18 and above) is between 18.5 and 25.
  • If Your BMI is Less than 18.5, you are underweight
  • If Your BMI is 18.5 to less than 25, your weight is desirable
  • If Your BMI is 25 to less than 30, you are overweight
  • If Your BMI is 30 or more, you are obese
However, the above value is not true if you are adolescent (aged 9-17.9 years). Thus, the BMI-for-Age value have been used for this age group. The following BMI calculator is a combination of both BMI and BMI-for-Age, which make it possible to be use by both adolescents and adults.

BMI CALCULATOR
Your Gender? Male  Female 
Your Age? Years
Your Weight? kg
Your height? cm
Your BMI or BMI-for-Age:
Comment:
  

Target Penurunan Berat Badan...

Now 49 kg..
Target peurunan berat badan 
1st target     :48kg
2nd Target : 47kg
3rd target : 46kg
4th target : 45kg
 

aku nak turunkn sampai 43kg..klu xdpt 45 pun kira ok..huhu..semangat!!!

13 October 2011

Doa Nabi Yunus a.s

Tasbih Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. 

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu :


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) 
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. 

Jadi, jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini. Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita. Selain itu ayat ini juga dapat mengelakkan diri daripada perbuatan sihir..rajin2 la baca ayat ini setiap masa..InsyaAllah..



10 October 2011

Kelebihan Surah Al-Kautsar


alkautsar.jpg
Surah Al-Kautsar




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi  3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

07 October 2011

hari ke 12

sarapan pagi
cereal   250kalori

makan tgh hari
bihun sup+cokodok 3 ketul=500kalori


Total 750 Kalori

Amalan Surah Toha Ayat 131-132

"Dan janganlah Engkau menujukan pandangan kedua matamu Dengan keinginan kepada apa Yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka Yang kafir itu menikmatinya, Yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa." (Surah Toha ayat 131-132)



Ayat 131 dan 132 Surah Toha ni perlu diamalkan sebanyak 11 kali selepas solat fardu..Insya Allah akan dicepatkan jodoh .. yang penting kena usaha dan yakin dengan amalan ... tidak putus asa dan sentiasa memohon doa yang baik2 dari Allah ..

Antara khasiat ayat ni jugak .. untuk sesiapa yang sakit..jika diamalkan .. insya Allah dia akan sembuh ..manakala kalau pelupa tuh.. mudah2an akan makin bertambah cergas dan cerdas la akalnya tuh..ehehe ...haa lagi satu khasiatnya..kalau fakir akan menjadi murah rezekinya ..murah ke melimpah2 ruah ek ...hehe mcm best ckp melimpah2 la rezeki ek ... agaknye bile rezeki dah murah tu yang boleh cepat kawen tu kan ...hahaha :-D


Di Pagi Jumaat..

Salam Jumaat bg umat Islam..

Opick-Rapuh 
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan dukaTangis dan tawa

Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu


Selamat Menikmati semua..

06 October 2011

hari ke 11

sarapan
- minum air susu HL segelas dan nuget goreng 2 ketol..

diet hari ke 5-10

aku diet jugak..sambil tiap2 malam buat skipping..hehe

29 September 2011

diet hari ke 4

dah masuk 4 hari nie..hari ke 4 nie aku cuba berpuasa ganti..mayb buka puasa nanti dengan buah epal n air soya...

Menu Buka Puasa :
Air Soya 1 kotak kecil+epal+biskut oreo(3keping)=198 kalori (sikitnya)huhu

28 September 2011

diet hari ke 3

Tak Diet la hari nie..ada jamuan hari raya Kementerian..wuarghh byk mkn hari nie,,esok sambung ye..

KALORI DALAM MAKANAN HARIAN MASYARAKAT MELAYU


Heheh .. ini adalah beberapa listing jumlah kalori dalam makanan harian masyarakat melayu. mari share :D
Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
kategori : Minuman
minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
minuman kotak 250g – 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal
mentega 2 sudu teh – 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal
1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalories
1 tbsp butter 100 calories
1tbsp santan low fat 9- 15 calories
1tbsp santan biasa 30-50 calories
1/2 cup sayur 20-30 calories
1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal 100 calories
1 keping roti less 100
1 potato n banana less 100
100g seafood – 100 calories
100g fish – 120-150
100g chicken 130-150
100 g red meat 150
1tbsp sos2 .. 20-40
french fries – 1 small cup (90g) 290 Kcal
hot dog – 1 whole (82g) 225 Kcal
mashed potatoes -1 cup regular (94g) 87Kcal
Big Mac – 1 570Kcal
Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal)
Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur) /
Fried rice (with egg, chicken and vegetable)
Tinggi/High (401 -600 kcal)
Mi bandung/Bandung noodles
Kueh tiau bandung/Kueh tiau bandung
Mi kari/Curry mee
Nasi dagang/Nasi dagang
Mi hoon bandung/Mee hoon bandung
Nasi briyani, nasi sahaja/Nasi briyani, rice only
Nasi minyak/Oily rice
Sederhana / Medium (101 – 400 kcal)
Nasi lemak/Nasi lemak
Mi sup/Mee soup
Roti telur/Roti telur
Kueh tiau goreng/Fried kueh tiau
Roti canai/Roti canal
Capati/Capati
Mi hoon goreng/Fried mee hoon
Mi goreng/Fried mee
Nasi ayam/Chicken rice
Rawadosai/Rawadosai
Putu bambu/Putu bambu
Dosai/Dosai
Rendah / Low (0- 100 kcal)
Idlii/ldlii
Putu mayam/Putu mayam
OTHER TRADITIONAL KUIH
Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)
Mysore pak/Mysore pak
Laddu/Laddu
Papadam/Papadam
Tinggi / High (151 – 300 kcal)
Bingka ubi kayu/Bingka ubi kayu
Vadai, kacang dal kuning/Vadai, yellow lentil
Lepat pisang/Lepat pisang Cokodok pisang/Cokodok pisang
Kuih kasturi/Kuih kasturi
Kuih talam ubi kayu/Kuih talam ubi kayu
Sederhana / Medium (51 – 150 kcal)
Kuih sagu/Kuih sagu
Pisang goreng/Pisang goreng Kuih kastard jagung/Kuih kastard jagung
Popia/Popia
Puding jagung/Puding jagung
Kuih kacang/Kuih kacang
Putu kacang/Putu kacang
Cucur badak/Cucur badak
Emping/Emping
Rendah / Low (0-50 kcal)
Kerepek ubi kayu/Kerepek ubi kayu Kuih telur labah/Kuih telur labah
Kuih bangkit sagu/Kuih bangkit sagu Kuih bangkit/Kuih bangkit
TRADITIONAL KUIH (RICE & RICE-FLOUR BASED)
SangatTinggi / Very high (>300 kcal)
Lor-mai-fan (pulut dengan kacang)/
Lor-mai-fan (glutinous rice with peanuts)
Tinggi / High (151-300 kcal)
Tepung bungkus/Tepung bungkus
Bidaran/Bidaran
Kuih bom/Kuih bom
Kuih sri muka/Kuih sri muka
Bingka tepung beras/Bingka tepung beras
Pulut panggang/Pulut panggang
Kuih koci pulut putih/Kuih koci with white glutinous rice
Kuih kasui/Kuih kasui
Kuih koci pulut hitam/Kuih koci with black glutinous rice
Sederhana / Medium (51 – 150 kcal)
Tapai pulut/Tapai pulut
Kuih lapis/Kuih lapis
Kuih lompang/Kuih lompang
Rempeyek/Rempeyek
Kuih bakul/Kuih bakul
Dodol/Dodol
Wajik/Wajik
Rendah / Low (0 – 50 kcal)
Kuih karas/Kuih karas
Kuih buah Melaka/Kuih buah Melaka
Kuih buah rotan/Kuih buah rotan
TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)
Tinggi / High (151 – 300 kcal)
Yau-car-kue/Yau-car-kue
Kuih apam balik/Kuih apam balik
DonatlDougtinut
Ham-chi-peng/Ham-chi-peng
Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling
Kuih pau ayaml Chicken dumpling
KesarilKesarl
Kuih apam gula hanguslKuih apam gula hangus
Sederhana / Medium (51 – 150 kcal)
Halwa/Halwa
Cucur udang/Cucur udang
Kuih ketayap/Kuih ketayap
Karipap/Curry puff
Kuih keria/Kuih keria
Kuih lidah kucing/Kuih lidah kucing
Kuih apam/Kuih apam
Rendah / Low(0 – 50 kcal)
Karipap mini/Mini curry puff
Baulu cermai/Baulu cermai
Kuih tat nenas/Pineapple tart
Kuih bawang/Kuih bawang
Kuih kapit/Kuih kapit
Murtabak/mutton – 1 piece – 722 kalori
Cheese Cake – 1 slice – 400 kalori
Roti Telur & Dhal – 1 piece & 1/2 cup – 414 kalori
Laksa Kari – 1 bowl – 589 kalori
Nasi Lemak – 1 complete – 644 kalori
Mee Goreng Mamak – 1 plate – 660 kalori
Lor Mee – 1 bowl – 383 kalori
Mee Rebus – 1 plate – 556 kalori
Mee/Bihun Goreng – 1 plate – 510 kalori
Kuey Goreng Kerang – 1 plate – 743 kalori
Mee Wantan – 1 plate – 409 kalori
Laksa Penang – 1 bowl – 436 kalori
Mee sup – 1 bowl – 381 kalori
Lor Mai Fun – 1 plate – 422 kalori
Nasi Briyani Kambing – 1 plate – 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging – 1 plate – 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish – 1 plate – 620 kalori
Century Egg Porridge – 1 bowl – 423 kalori
Nasi Ayam – 1 plate – 600 kalori
Nasi Goreng Biasa – 1 plate – 637 kalori
Nasi Claypot – 1 bowl – 898 kalori
Bah Kut Teh – 1 bowl – 348 kalori
Sotong goreng tepung – 1 small plate – 630 kalori
Sup Krim – 1 rice bowl – 375 kalori
Cheese burger with extra beef – 1 whole – 438 kalori
Fried fish cake with bun – 1 whole – 433 kalori
sundae chocolate – 1 cup – 380 kalori
Apple Pie – 1 piece – 260 kalori
Cheese & meat sauce – 1 small plate – 444 kalori
Sandwich chicken salad – 1 whole – 481 kalori
Pasembur – 1 plate – 752 kalori
Rojak Buah – 1 plate – 443 kalori
Teh tarik – 1 glass – 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice

diet hari ke 2

Sarapan Pagi -kuih seri muka+karipap+air teh O = 550

Lunch - Nasi suku+ Ikan Goreng+Sayur campur+Air Oren= 280

Diner - Buah Epal = 63

Total = 893 Kalori



26 September 2011

Petua Kurus Tanpa Berdiet


Salam, orang kata nak kurus boleh je tanpa berdiet, tapi aku nie tak bolehlah, kalau tak diet memang tak kurus, dah tu takde pulak aktivi, setakat g keja apalah sangatkan, dah tu kat opis pun asyk duduk je..mana tak gemuk..huhu. bersenam langsung xde..cm ne nak kurus..haishhhh kena banyak berubah nie!


Gambar : buyhcgnow.org

Tertarik dengan entry dari sini http://www.istimewa2u.blogspot.com/ so aku rasa ianya sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama, harapnya aku boleh disiplinkan diri..huhuhu -..-"


Bawah nie tipsnya yea :-

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi. - Ye betul! setuju sangat, biasa terjadi pada aku sob...sob...

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. - Tips menarik!, boleh diamalkan nie, senang dan mudah ^____^

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak. - Biasa memang aku amalkan macam nie..

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. -Hemmm sebulan sekali biasa minum sebab nak lancarkan period, okeh noted! kena tinggalkan -..-" (nak slim punya pasal)

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. - Insyaallah takde masalah, sebab tak makan sangat benda masin-masin 

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. - Kadang-kadang aku juga tidak mengambil sarapan pagi, okeh lepas nie tak boleh miss, Ingat!!

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. - Ye biasa macam nie pun ^____^

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam. - Beres!

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. - Ini yang masalah besar sekarang nie, makan banyak hanya sekali, hemmm kena ubah, MESTI!

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda. - Okeh baru tahu ^___^

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda. - Ada 1 bekas majerin, takpe bekas kecik je, untuk anak-anak sebenarnya.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula. - Biasa gi kedai pesan air manis, heemmm kena ubah!

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah. - Tahu!

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet - Okeh

15. Ambil makanan yang berempahSesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak. - Boleh cuba nanti.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam MakananBijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak. - Okeh noted!

17. Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepadakeinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan andadan rajin-rajinlah membuat catatan. - Setuju! aku juga ada diari diet online, apps dari apple (ipad2)

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan. - Ye macam tu juga yang en.hubby kata, yang penting sihat ^___^

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan. - Aku kalau menggoreng guna minyak zaitun, so takde masalah.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan! - kena buang tabiat makan depan TV sob...sob...

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi. - Setuju sangat, tapi yang inilah aku malas buat, haishhhh berubah!!!!

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanansegera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya. - Selalu shopping cari lauk dan sayur2an dulu ^___^

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. - Alamak bab senam tu yang malas, tapi nak slim nie kena buat juga, harap aku lebih berdisiplin..huhuhu

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. - Noted!

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsingi. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihatii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha. - Wowww menarik, peha masalah terbesar aku, musuh utamaku sob..sob...

Perlu Mulakan Semula Program Diet....

Rasa badan makin berat je..rasa cepat penat nak bwk bdn nie..semakin hari semakin membimbangkan nie..sebelum terlambat dan btambah gemukkk better aku start balik diet..lepas hari raya nie boleh la start klu tak mmg payah nak diet coz sana-sini jemputan open house..huhu..yesss tgh bkobar-kobar nie nak diet..hope tercapailah hajat nak turunkan berat badan balik..

Hari nie hari 1st aku nak mulakan diet...

15 September 2011

30 Perkara Yang Perempuan Tak Sempat Beritahu Lelaki....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.
Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.
Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia
akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap
acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.
Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28.
Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni
dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.